Sunday, 8 May 2016

ARAHAN DAN JADUAL

ARAHAN:

1) ANDA PERLU MEMBACA SEMUA BAHAN YANG TELAH DIMUATNAIK OLEH SAYA

2) ANDA PERLU MELIHAT VIDEO YANG TELAH DIMUATNAIK

3) ANDA DIMINTA UNTUK MENCARI MAKLUMAT TAMBAHAN BERKAITAN TOPIK DAN MAKLUMAT TERSEBUT AKAN DIBINCANGKAN BERSAMA-SAMA DI DALAM KELAS.



JADUAL:

1) ANDA PERLU MELIHAT JADUAL YANG TELAH DISEDIAKAN TERSEBUT



BAHAN BULAN JULAI (FLIPPED CLASSROOM)


MINGGU

TAJUK PEMBELAJARAN




MINGGU 1

AHAD: PERJUANGAN TOK JANGGUT

SELASA: PERJUANGAN RENTAP DI SARAWAK




MINGGU 2

AHAD: PERJUANGAN SHARIF MASAHOR DI SARAWAK

SELASA: PERJUANGAN DATO' MAHARAJA LELA DI PERAK





 MINGGU 3

AHAD: PERJUANGAN YAMTUAN ANTAH DI NEGERI SEMBILAN

SELASA: PERJUANGAN DATO' BAHAMAN DI PAHANG


 MINGGU 4
AHAD: PERJUANGAN MAT SALLEH DI SABAH

SELASA: PERJUANGAN ANTANOM DI SABAH

MINGGU 1




AHAD: PERJUANGAN TOK JANGGUT




1) NOTA TAMBAHAN




(i) Latar belakang



- Nama sebenar Haji Mat Hassan Bin Munas


- Dikenali sebagai tok janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada


- Dilahirkan tahun 1853 di kampung jeram, pasir puteh, kelantan


- Mendapat pendidikan pondok di kelantan dan makkah


- Mahir dalam ilmu persilatan


- Menetap di kampung nering, kelantan


- Bekerja sebagai petani dan peniaga



(ii) Faktor Penentangan

a) Peraturan Tanah


- Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah



b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan



- Petani dikehendaki membayar cukai seperti;


- Cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok


- Pokok pinang satu sen sepokok


- Sirih 5 sen sejunjung


- Kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor


- Peraturan ini membenakan rakyat



c) Perasaan anti-British


- Sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia I tahun 1914



- Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah Barat



- Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh



d) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan


- Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar



- Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal


- Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda


- Penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British



(iii) Peristiwa Penentangan

28 April 1915


- Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai


- Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut



29 April 1915


- Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh


- Mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British


- Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh


- Tok Janggut sebagai Perdana Menteri



9 Mei 1915


- British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya


23 Mei 1915


- British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri


- Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh



24 Mei 1915


- British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring


- Tok Janggut terkorban


- Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam


- Kemudian dikebumikan di Pasir Pekan




(ii) Kesan Penentangan


- Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat




2) TAYANGAN SLAID





























3) TAYANGAN VIDEO


   VIDEO 1



   VIDEO 2











SELASA: PERJUANGAN RENTAP DI SARAWAK



1) NOTA TAMBAHAN


  •   Nama asal - Libau -bermaksud “pengoncang dunia”.
  •   Juga digelar Raja Darat.
  •   Pemimpin orang Iban di Sg. Skrang dan Sg. Saribas.
  •   Slogan Rentap ialah “Agi Idup, Agi Ngelaban” bermaksud selagi hidup selagi berjuang.
  •   Rentap menentang Brooke kerana keluarga Brooke menganggap orang Iban di Sg Skrang sebagai lanun.
  •   James Brooke dirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi orang Iban.
  •   Tindakan James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban di Sg Skrang cetuskan kebangkitan
  •   Rentap serang kubu James Brooke di Nanga Skrang
  •   Pasukan Rentap berjaya Pegawai Brooke iaitu Allan Lee terbunuh.
  •   Kejayaan mengharumkan nama Rentap
  •   James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan seterus membakar perkampungan Rentap.
  •   Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu di situ.
  •   Perjuangan Rentap berjaya bertahan di Bukit Sadok dan dapat sokongan padu penduduk Iban.
  •   Rentap digelar “Raja Ulu”
  •   James Brooke hantar Tuan Muda Charles Brooke untuk serang kubu Rentap di Bukit Sadok.
  •   Charles Brooke mempengaruhi orang Iban dan orang Melayu supaya serang kubu Rentap di Bukit Sadok.
  •   Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanannya amat kukuh.
  •   Rentap menggunakan Bujang Timbang iaitu sejenis meriam besi untuk menentang pasukan Brooke
  •   Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerang Bukit Sadok, tetapi beliau gagal menewaskan Rentap.
  •   James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok.
  •   Rentap dapat ditewaskan.
  •   James Brooke bakar kubu serta rumah pengikut Rentap.
  •   Rentap berundur ke Entabai
  •   Sebelum sempat meneruskan perjuangannya Rentap telah meninggal dunia.


           2) TAYANGAN SLAID





                                


                                   

                             




                              


                             


                             


                             


                            


                            


                           


                           


                           


                          


                          


                          


                           

                           

                           

                            


                            

                            


                            


                           




3) TAYANGAN VIDEO 



    VIDEO 1




4) AUDIO



   AUDIO 1