Sunday, 8 May 2016

MINGGU 4




         AHAD: PERJUANGAN MAT SALLEH DI SABAH

          
        1) NOTA TAMBAHAN


Ø  Mat Salleh dilahirkan di Inanam

Ø  Menjadi pemerintah di Sungai Sugut.

Ø  Mat Salleh berketurunan Bajau dan Suluk

Ø  Mewarisi sifat kepahlawanan dan berani berperang.

Ø  Mat Salleh dikatakan mempunyai jaket kebal yang akan dipakai ketika berjuang menentang SBUB.

Ø  Kebangkitan Mat Salleh berpunca kesan perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina.

Ø  Mat Salleh menentang SBUB di Sabah kerana SBUB memperkenalkan peraturan baru yang amat membebankan seperti amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu

Ø  Mat Salleh dan orang pembesar tempatan ke Sandakan untuk berunding dgn Gabenor Beauford iaitu C.V. Creagh.

Ø  Ingin berunding tentang masalah cukai dantindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan.

Ø  Mat Salleh tidak dilayan

Ø  Setelah menunggu 10 hari, beliau meninggalkan Sandakan.

Ø  Gabenor Beauford anggap Mat Salleh mengancam SBUB.

Ø  SBUB membakar dan musnahkan kampungnya.

Ø  SBUB menawarkan hadiah kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh

Ø  .Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya.

Ø  Mat Salleh menyerang Ambong.

Ø  William Cowie, iaitu Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh.

Ø  William Cowie menawarkan perdamaian dan pengampunan kepada Mat Salleh.

Ø  Rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal

Ø  Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan.

Ø  Penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula.

Ø  Mat Salleh dibenarkan mentadbir Tambunan.

Ø  Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB.

Ø  SBUB tidak menepati janji dan mengambil alih pentadbiran Tambunan

Ø  Mat Salleh rasa tertipu

Ø  Mat Salleh membina kubu di Kampung Teboh,Tambunan

Ø  SBUB serang kubu Mat Salleh

Ø  SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh

Ø  Mat Sallah terkorban.

Ø  Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Sator dan Kamunta




2) TAYANGAN SLAID




                                      








































3) TAYANGAN VIDEO

   VIDEO 1













SELASA: PERJUANGAN ANTANOM DI SABAH


1) NOTA TAMBAHAN



  •  Antanom memimpin orang Murut
  •   Orang Murut dijadikan buruh paksa membina jalan di pedalaman.
  •   Mereka dipaksa memasang kawat telegraf antaraTenom dengan Rundum.
  •   Hak orang Murut diceroboh, apabila SBUB melarang mereka membuka tanah baru.
  •   Kesannya mereka kekurangan beras kerana tidak dapat menanam padi di tanah baru.
  • Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah-menyebelah tebing sungai.
  •  Mereka dikenakan satu dolar bagi setiap kali berkunjung
  • Jika mereka ada dua orang anak, salah seorang daripadanya akan diambil oleh SBUB dijadikan buruh paksa
  • Antara cukai yang membebankan ialah cukai kepala, cukai tanaman pindah dan cukai tangkapan ikan besar serta memelihara anjing.
  • SBUB menceroboh kawasan hutan untuk pembinaan jalan.
  • Kaum Murut membantah tindakan itu kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan ini akan mengganggu roh nenek moyang mereka.
  • Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB
  • Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan di situ.
  • Antanom menyerang Rundum.
  • Pejabat pentadbiran SBUB di Rundum telah dimusnahkan.
  • Antanom membina kubu di Sungai Selangit
  • SBUB hantar tentera menyerang kubu Antanom.
  • Antanom serta 400 orang Murut terkorban
  • Penentangan ini dikenali kebangkitan Rundum.
  • SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
  • Lapan orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat.
  • Ada pengikut menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau.
  • SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia. 
  • Orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB.

       

      2) TAYANGAN SLAID

        



























       3) TAYANGAN VIDEO

      VIDEO 1

No comments:

Post a Comment