AHAD: PERJUANGAN TOK JANGGUT
1) NOTA TAMBAHAN
(i) Latar belakang
- Nama sebenar Haji Mat Hassan Bin Munas
- Dikenali sebagai tok janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
- Dilahirkan tahun 1853 di kampung jeram, pasir puteh, kelantan
- Mendapat pendidikan pondok di kelantan dan makkah
- Mahir dalam ilmu persilatan
- Menetap di kampung nering, kelantan
- Bekerja sebagai petani dan peniaga
(ii) Faktor Penentangan
a) Peraturan Tanah
- Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah
b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan
- Petani dikehendaki membayar cukai seperti;
- Cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok
- Pokok pinang satu sen sepokok
- Sirih 5 sen sejunjung
- Kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor
- Peraturan ini membenakan rakyat
c) Perasaan anti-British
- Sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia I tahun 1914
- Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah Barat
- Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh
d) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan
- Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar
- Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal
- Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda
- Penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British
(iii) Peristiwa Penentangan
28 April 1915
- Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai
- Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut
29 April 1915
- Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh
- Mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British
- Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh
- Tok Janggut sebagai Perdana Menteri
9 Mei 1915
- British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya
23 Mei 1915
- British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri
- Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh
24 Mei 1915
- British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring
- Tok Janggut terkorban
- Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam
- Kemudian dikebumikan di Pasir Pekan
(ii) Kesan Penentangan
- Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat
2) TAYANGAN SLAID
3) TAYANGAN VIDEO
VIDEO 1
VIDEO 2
SELASA: PERJUANGAN RENTAP DI SARAWAK
1) NOTA TAMBAHAN
- Nama asal - Libau -bermaksud “pengoncang dunia”.
- Juga digelar Raja Darat.
- Pemimpin orang Iban di Sg. Skrang dan Sg. Saribas.
- Slogan Rentap ialah “Agi Idup, Agi Ngelaban” bermaksud selagi hidup selagi berjuang.
- Rentap menentang Brooke kerana keluarga Brooke menganggap orang Iban di Sg Skrang sebagai lanun.
- James Brooke dirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi orang Iban.
- Tindakan James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban di Sg Skrang cetuskan kebangkitan
- Rentap serang kubu James Brooke di Nanga Skrang
- Pasukan Rentap berjaya Pegawai Brooke iaitu Allan Lee terbunuh.
- Kejayaan mengharumkan nama Rentap
- James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan seterus membakar perkampungan Rentap.
- Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu di situ.
- Perjuangan Rentap berjaya bertahan di Bukit Sadok dan dapat sokongan padu penduduk Iban.
- Rentap digelar “Raja Ulu”
- James Brooke hantar Tuan Muda Charles Brooke untuk serang kubu Rentap di Bukit Sadok.
- Charles Brooke mempengaruhi orang Iban dan orang Melayu supaya serang kubu Rentap di Bukit Sadok.
- Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanannya amat kukuh.
- Rentap menggunakan Bujang Timbang iaitu sejenis meriam besi untuk menentang pasukan Brooke
- Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerang Bukit Sadok, tetapi beliau gagal menewaskan Rentap.
- James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok.
- Rentap dapat ditewaskan.
- James Brooke bakar kubu serta rumah pengikut Rentap.
- Rentap berundur ke Entabai
- Sebelum sempat meneruskan perjuangannya Rentap telah meninggal dunia.
2
2) TAYANGAN SLAID
3) TAYANGAN VIDEO
No comments:
Post a Comment