AHAD: PERJUANGAN YAMTUAN ANTAH DI
NEGERI SEMBILAN
1) NOTA TAMBAHAN
Ø Wilayah jajahan Seri Menanti -Terachi, Ulu Muar,Gunung Pasir dan Jempol.
Ø Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dari Sg Ujong menandatangani perjanjian dengan British kerana iamembenarkan British masuk ke Sungai Ujong.
Ø Tindakan Dato’ Kelana mengeruhkan hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana.
Ø Yamtuan Antah tidak iktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong.
Ø Hubungan Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana bertambah meruncing apabila Dato’ Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya
Ø Tindakan itu dibantah oleh Yamtuan Antah kerana Terachi merupakan wilayah jajahan Seri Menantiyang sepatutnya di bawah kuasa Yamtuan Antah.
Ø P.J. Murray, Residen British di Sungai Ujong menghantar tentera dan juru ukur untuk membuat siasatan tentang pertikaian itu.
Ø Yamtuan Antah menghantar pengikutnya menuntut supaya pihak British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah.
Ø Pertikaian mencetuskan pertempuran
.Ø Kebangkitan Yamtuan Antah mendapat sokongan Dato’ Siamang Gagap, Tenku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol
Ø Yamtuan Antah menawan Paroi dan bina kubu
Ø British menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera dari Negeri-Negeri Selat.
Ø Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus danseterusnya ke Johor.
Ø Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati baginda supaya berdamai dengan pihak British
Ø Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor Negeri- Negeri Selat iaitu William Jervois
.Ø Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar diSeri Menanti.
Ø Rundingan membuka peluang kepada British meluaskan pengaruhnya ke Negeri Sembilan.
Ø Dato’ Siamang Gagap di Seri Menanti membantah perdamaian dengan pihak British.
Ø Beliau tidak bersetuju dengan keputusan Yamtuan Antah berdamai dengan British.
2 2) TAYANGAN VIDEO
SELASA: PERJUANGAN DATO' BAHAMAN DI PAHANG
1) NOTA TAMBAHAN
- Dato’ Bahaman dianugerahkan gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
- Anugerah diberikan kerana kegagahan dalam Perang Saudara di Pahang dan Perang Klang
- Beliau dilantik pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara.
- Beliau mempelopori kebangkitan menentang British di Pahang.
- Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh.
- Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu Temerloh.
- Konflik antara Dato’ Bahaman dengan British menjadi serius apabila E.A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.
- Beliau menganggap British menceroboh kawasannya serta mengancam kedudukannya.
- Keengganan Dato’ Bahaman mematuhi arahan British menyebabkan Hugh Clifford menganggapnya sebagai penderhaka.
- British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Semantan milik Dato’ Bahaman.
- Tindakan British memalukannya
- Dato’ Bahaman bersumpah menghalau Britishkeluar dari Pahang.
- British tangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran.
- Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua.
- Mencetuskan perang dengan British.
- Clifford menawan semula Lubuk Terua tetapiClifford tewas dalam pertempuran di Kelubi.
- Clifford meminta bantuan dari Singapura
- British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang.
- Pasukan tentera dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan
- Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan
- J.P. Rodger turut serta dalam “Gerakan Sultan’
- Gerakan Sultan menawan kubu Dato’ Bahaman diBentong.
- Dato’ Bahaman menawan semula Lubuk Terua.
- Dato’ Bahaman dapat sokongan Tok Gajah dananaknya, Mat Kilau.
- British sekali lagi menyerang Lubuk Terua.
- Pejuang Pahang berundur ke Kelantan danTerengganu.
- Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British.
- Dato’ Bahaman tawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
- British hantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai.
- Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan.
- Peristiwa itu menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.
- Kebangkitan menyebabkan British menanggung hutang yang banyak
- Sultan Ahmad dipaksa selesaikan hutang.
2) TAYANGAN SLAID
3) TAYANGAN VIDEO
No comments:
Post a Comment