MINGGU 2
AHAD: PERJUANGAN SHARIF MASAHOR DI SARAWAK
1) NOTA TAMBAHAN
Ø Berpengaruh di kalangan Melanau dan orang Iban
Ø Kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke.
Ø James Brooke ambil wilayah Sg Rajang daripada Sultan Brunei
.Ø Pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil British dianggap mengambilalih kuasa pentadbiran Sharif Masahor.
Ø Sharif Masahor menentang tindakan James Brooke
Ø Sharif Masahor dgn 150 buah perahu menyerang Mukah
.Ø Beliau mengusir Pangeran Matusin yang menyokong peluasan kuasa James Brooke
.Ø James Brooke melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei
.Ø Tindakan James Brooke melucutkan kuasa Sharif Masahor menyebabkan kemarahan
.Ø Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusir keluar James Brooke dari Sarawak.
Ø Pasukan Sharif Masahor serang Kanowit.
Ø Peristiwa membimbangkan Eropah di Sarawak.
Ø Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan pemerintahan Brooke
.Ø Pasukan Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur
.Ø Datu Patinggi Abdul Ghapur dipenjarakan di Betawi
Ø Sharif Masahor berundur ke Mukah
.Ø James Brooke paksa sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menahan Sharif Masahor
.Ø Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura.
2) TAYANGAN VIDEO
VIDEO 1
VIDEO 2
VIDEO 3
SELASA: PERJUANGAN DATO' MAHARAJA LELA DI PERAK
1) NOTA TAMBAHAN
Menimbulkan konflik antara J.W.W. Birch, sultan dan pembesar Perak
Ø Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai.
Ø Baginda diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatanganinya.
Ø Birch bakar rumah Raja Ngah Orang Perak kerana meneruskan kutipan cukai bijih timah di Bidor
Ø Birch memperkenalkan beberapa cukai baru.
Ø Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada pihak British
Ø Pengisytiharan menyebabkan kuasa mentadbir negeri diserahkan kepada Residen.
Ø Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.
Ø Birch dibenci kerana mengharamkan perhambaan yang menjadi adat resam orang Melayu
Ø Birch menyimpan hamba perempuan di rumahnya.
Ø Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela bermesyuarat di Durian Sebatang - ambil keputusan untuk membunuh Birch.
Ø Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya iaitu Dato’Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuh Birch.
Ø Birch tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British.
Ø British menyerang Pasir Salak.
Ø Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak.
Ø Pasukan British berjaya dikalahkan.
Ø Pertempuran dikenali sebagai Perang Perak.
Ø British dapat bantuan tentera dr India dan Hong Kong - akhirnya mengalahkan perjuangan di Perak.
Ø Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Ø Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negerike Pulau Seychelles.
Ø Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.
No comments:
Post a Comment